Senin, 24 September 2012

Suasana di Mekah & Madinah


Hambamu datang menyahut panggilanmu, 
Tidak ada sekutu bagimu, 
Hambamu datang menyahut panggilanmu

Sesungguhnya segala pujian
Dan nikmat
Dan pemerintahan adalah kepunyaanmu
Tidak ada sekutu bagimu


Ya Allah aku merindu BaitullahMu, 
Jemputlah aku untuk ke sana lagi.
Beberapa tahun yang lalu saya amat tersentuh dengan panggilan itu.
Mengharapkan Kad jemputan untuk ke situ. Dari Dia yang Esa.
Yang Maha Kaya. Yang mencipta alam semesta.

Setiap kali ia berkumandang, 

hati tertanya-tanya,"Adakah aku juga bakal menjadi tetamu-Nya?
Apakah sempat untuk aku bertaubat?
Apakah dapat tangisanku tumpah di bawah lembayung kaabah?"

"Ya Allah, jemputlah daku ke rumah-Mu.

Jemputlah aku datang bertandang untuk menjadi tetamu-Mu yang paling istemewa.
Gajiku kecil, amalanku kurang, ilmuku cetek...namun,
aku ingin jua ke sana. Datangku dari ceruk pelusuk bumi-Mu.
Kerdil. Membawa dosa beribu, tidak tertanggung oleh bahuku.."

"Wahai Tuhan, jemputlah daku..jemputlah daku."
Yang Maha Esa telah mendengar rintahan hati nuraniku 
dan telah menjemput aku Baitullah untuk mengerjakan ibadat di Tanah Suci. 
Dengan izin Allah setiap tahun aku kesana untuk mengerjakan ibadat umrah
tapi pada tahun ini aku tidak dapat ke sana kerana sebab2 tertentu.
InsyaAllah pada tahun depan aku akan ke sana lagi andai umurku panjang
dan Allah menjemput aku jadi tetamunya.
Doakan supaya aku dapat ke baitullah lagi, amin.
Sayunya hati ini setiap kali mendengar kalimah "Labbaik Allahuma Labbaik", 
hati ini amat merindui baitullahMu Ya Allah. 
Jemputlah hambamu, para muslimin
dan muslimat seluruh dunia ke Tanah Suci yang di situ adanya BaitullahMU
untuk melihat kebesaranMu Ya Allah, amin.
Nukilan Hati
Naim
 
Kalau selipar hilang di masjid nabawi….
 
DSCN9433.JPG
 
Beli survenior nak bawak balik di….
 
everthing2riyal.bmp
 
Lontar tak masuk jugak…tak taulah… punyalah besar….
 
h06_17284941.jpg
 
Mina….. Mana tak sesat…..
 
h08_17294125.jpg
 
Wheelchairs melambak kat masjidil haram… kat dinding Istana
 
1062243-Wheel_Chairs-Mecca.jpg
 
Ration tabung haji (muasasah)….. sila jemput makan…
 
16.bmp
 
Jangan berebut2 nak masuk raudah..   Malay is a second language in Tanah Haram
 
21032009(010).jpg
 
Solat jumaat di Masjidil haram…. Every inch of space counts…..
 
3073327853_ef4702b6f3_b.jpg
 
Menuju jamrah….. dikedinginan pagi….
 
3095592524_35d9c69447_b.jpg
 
Kurma hidup…..
 
3242817-medina_dates-Medina.jpg
 
Qarnulmanazil… . Miqat orang Malaysia …..
 
3336889623_977a769c3a.jpg

 
Rgds,
ZAIHANA BINTI KHAMIS Customer Care Officer - MTVP Unit
Singapore Telecommunication Ltd