Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis
yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan
seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah
lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa
teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak
senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan
pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung.
Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-
pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa, adik
berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran
kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam
orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang
pakai tudung pun selalu keluar dating
dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak
pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
Pada satu hari ada jiran
yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai
enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama
sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di
masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami,
timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar
rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.
Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.
Dia
bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu,
isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau
nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik
mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu
Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang
benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah
muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?
Namun,
selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang
labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri
jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya
melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah
seratus peratus!
Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman
wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang
tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah
Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat
ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca
Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila
kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi
Engkau wahai Allah, jerit hati saya..
Tidak lama
kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di
satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya
mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang
ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak
henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya
itu yang mampu saya usahakan.
Ketika saya sampai di
rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat
ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu
menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam
esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat
Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi...
Setelah
selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik
adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang
selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum
tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi
sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika
adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab
antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab
(saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).
Annisa : Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".
Isteri jiranku : Alhamdulillah. .sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??
Isteri
jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan
bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa:
Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi
saya selalu menolak kerana
saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya
berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi
kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa
nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?
Isteri jiranku :
Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini
perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari
tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan
dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..
Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...
Annisa : Apakah hakikat tudung ?
Isteri
jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata
kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang
sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat
baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium
segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju
maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang
syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu
selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai
akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..
Annisa : Mak
cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya
mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
Isteri
jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan
rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat ,
bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk
melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang
diinginkan Allah SWT. Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana
seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua,
pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam
yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari
didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika
seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak
tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain
lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan
lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut
yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan
bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada
yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang
berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya
menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah
SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia
dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai
ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa,
bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa
nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang
Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT. Sampai di
sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan
saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..
Subhanallah ...
Saya
selak halaman
berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
"Buta, tuli dan bisu.." wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain
muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat
mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan
segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.. "Tak tahan airmata ini
pun jatuh". Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..
Amin..Subhanallah
Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.
Wassalam...
**** Kopi & pes sbg peringatan & renungan..